Aktiviti 1
Sebelum mengikuti Kem Bina Insan Guru II, antara masalah yang terdapat dalam diri saya adalah:
1. Kurang keyakinan dan keberanian untuk melakukan sesuatu seperti mbentangkan tugasan dan berucap di khalayak ramai
2. Pasif
3. Kurang sifat kepimpinan dalam diri
Antara penambahbaikan yang perlu saya lakukan:
1. Saya perlu berani dan yakin dalam melakukan sesuatu perkara
2. Perlu tanamkan dalam hati “yakin boleh”
3. Membuat persediaan lebih awal dan terancang
4. Melibatkan diri secara aktif dalam organisasi
Matlamat:
Menjadi seorang guru yang berjaya di dunia dan akhirat serta sanggup menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang dari pelbagai sudut
Objektif:
1. Memupuk sifat berani dan yakin dalam diri
2. Membaiki setiap kelemahan diri secara berterusan
3. Menjadi lebih proaktif
Pelan tindakan:
1. Langkah-langkah yang perlu diambil dan dilakukan
a. Berani bertanya dan menyampaikan sesuatu dengan penuh yakin dan berani
b. Buat persediaan awal dengan lakukan research tentang aktiviti atau tugasan yang hendak dilakukan
c. Melibatkan diri dengan kawan-kawan yang bergerak aktif dalam organisasi
2. Bagaimana saya mengumpul data:
a. Tanya pendapat kawan2 tentang diri saya
b. Mendengar pengalaman orang lain
c. Mencari buku berkenaan meningkatkan motivasi dalam diri
3. Bagaimana saya ingin memantau apa yang saya rancangkan dapat dilaksanakan:
a. Sentiasa membuat refleksi sebelum, semasa dan selepas merancang
b. Bertanya kepada kawan2 sama ada terdapat perubahan dalam diri atau belum
4. Bagaimana saya menilai setiap apa yabg dirancang dan dilaksana mencapai objektif:
a. Mengkaji setiap kelemahan dan kekuatan sesuatu perancangan
b. Melakukan penambahbaikan
c. Menilai setiap tindakan
d. Mengambil iktibar dan pengalaman orang lain
Tuesday, May 5, 2009
Posted by SALJINEH BOBBY at 1:52 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment