? ??????????????Field Of Green? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??10 Grabs Today. 164 Total Grabs. ?
?????Get the Code?? ?? ?????Rose Garden? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??31 Grabs Today. 782 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Tuesday, June 9, 2009

KULIAH PUAN NORSAKINAH

ANALISIS DATA

- analisis data ialah proses menggunakan data untuk memberikan maklumat berguna untuk cadangkan kesimpulan dan menyokong keputusan. pastinya ada sekurang-kurangnya 3 @ lebih jenis data untuk di analisis
- data kualitatif & kuantitatif boleh dipersembahkan secara grafik untuk membantu proses analisis
- cari pola & kategori, persamaan, terangkan trend & pertanyaan, katalog & pemerhatian, bilang & bandingkan & buat anggaran

langkah analisis data kualitatif

langkah 1

1. tengok secara lalu maklum balas-jangan sampai hilang maklumat
2. ambil nota atas tema yang muncul, isu @ faktor yang didengari
3. cari item yang berulang-ulang & penting

langkah 2

1. pilih 3 @ 4 tema yang muncul dan bina matriks
2. cuba buat carta bukti berkaitan dengan tema utama
3. guna warna kod untuk setiap kategori yang berlainan

langkah 3

1. jika boleh, bincang tinjauan dengan pendidik lain
2. baca tinjauan (soal selidik), highlight kata kunci yang berkaitan dengan tema yang telah dikenalpasti
3. rekodkan dapatan dalam kotak bersesuaian dalam carta matriks yang telah dibina

langkah 4

1. tanya (apa yang telah saya dapat)
2. rekod pemerhatian pada yang muncul semasa melihat matriks : pola konsep, pola sikap
3. tulis @ rekod pemerhatian bawah matriks
4. contoh : 2 orang pelajar (siapa yang banyak cakap)
5. takut sentiasa disebut beberapa kali
6. sokongan bacaan jurnal

langkah 5

1. apa kesimpulan yang boleh dibuat
2. rekod kesimpulan sama ada bawah matriks @ atas kertas yang berlainan

langkah 6

1. apa langkah seterusnya yang boleh dibuat
- tinjauan (soal selididk/temubual/penilaian)
- semak semua persoalan kajian
- bina modul/aktiviti
2. rekodkan apa yang telah dibuat dalam matriks
3. apakah maklumata yang masih diperlukan : atas pelajar, atas kaedah, maklumat latar belakang untuk tajuk ini


kegunaan data dalam plan-do-study-act cycle

plan - nilai & ringkaskan semua data yang ada, analisis & kenal pasti tema utama, kenal pasti sumber data yang memberikan ukuran progres penambahbaikan

d0 - kumpul data, buat kajian rintis untuk memastikan strategi pengukuran dipenuhi

study - analisis data yang telah dikumpulkan untuk buat kesimpulan

act - kenal pasti soalan tambahan, rancang untuk penambahbaikan berterusan

Monday, June 8, 2009

KULIAH 8 CIK HAJJAH HALIMAH HARUN


pembentangan proposal


kump 1

ket kump : hafizah
tajuk :

kump 2

ket kump : najwa
tajuk : meningkatkan penghafalan dan penguasaan dhomir bahasa arab menggunakan teknik berlagu di kalangan murid tahun 2

kump 3

ket kump : ong chee keong
tajuk : meningkatkan pembelajaran geografi tingkatan 3 melalui kaedah eksplo-goe

kump 4

ket kump : anis firdaus
tajuk : meningkatkan tahap penglibatan pelajar perempuan dalam aktiviti unit beruniform kadet polis

kump 5

ket kump : nurul huda taridi
tajuk :

kump 6

ket kump : azizi
tajuk : mempertingkatkan pencapaian pelajar tingkatan 5 terhadap petikan melayu klasik menggunakan kaedah think-pair-share

kump 7

ket kump : nor atifah
tajuk : mempertingkatkan perbendaharaan kata dan sebutan dalam bahasa inggeris melalui role play simulation

FORMAT LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

bab 1

tujuan
objektif
persoalan kajian

bab 2

literatur

bab 3

prosedur kajian
rancangan harian mengajar
contoh alat bahan mengajar
langkah-langkah kajian yang dijalankan

bab 4

pengumpulan data - data awal, temubual, statistik (data mentah), pemerhatian, jurnal pelajar, gambar, video, hasil pelajar

Aktiviti

soalan kuiz

1. bezakan kajian tindakan dan kajian eksperimen?
2. apakah persoalan kajian yang terdapat dalam cadangan kajian tindakan yang telah dibuat?
3. Apakah baseline data?

Thursday, June 4, 2009

KULIAH 7 CIK HAJJAH HALIMAH HARUN

Aktiviti 1

pembentangan proposal kumpulan yang dipilih secara rawak

kump 1

ket kump : latiffi
tajuk : meningkatkan penghayatan pelajar dalam subjek sejarah melalui komik

kump 2

ket kump : hafiz hasan
tajuk : meningkatkan kefahaman dan minat pelajar dalam kesusasteraan melayu (puisi) melalui permainan mencari harta karun

kump 3

ket kump : ahmad fadli
tajuk : meningkatkan penggunaan kata kunci melalui kaedah reka cipta lagu dalam mata pelajaran biologi tingkatan 4

kump 4

ket kump : junaidon
tajuk : meningkatkan kemahiran menyangga dalam permainan bola tampar

kump 5

ket kump : faizal
tajuk : meningkatkan penguasaan sebutan bahasa inggeris pada pelajar sekolah tahun 2

Aktiviti 2

tulis luahan hati dan perasaan tentang kajian tindakan

tugasan

buat penambahbaikan proposal yang telah dibuat terutamanya dari segi prosedur pelaksanaan, pengumpulan data dan analisis data

Saturday, May 30, 2009

KULIAH GANTI PUAN SAKINAH
PENGUMPULAN DATA
Pengenalan
Terdapat pelbagai teknik pengumpulan data. Walaupun menggunakan pelbagai teknik yang baik, namun tidak menjanjikan kualiti dapatan kajian. Penyelidikan tindakan tidak akan menjadi kecuali ianya dilakukan dengan sempurna. Sehubungan dengan itu, usaha untuk memastikan kualiti yang tinggi dalam penyelidikan perlu dipelajari dengan gigih.
3 sebab perlu capai kualiti tinggi
1. Tanggungjawab kepada pelajar
2. Keperluan kepada kecekapan diri dan orang lain
3. Keperluan untuk membuat tindakan dan berubah kepada perkara manfaat dengan melakukan penyelidikan tindakan
Kriteria kualiti
1. Serupa dengan kriteria jenis penyelidikan lain
2. 2 rukun sains dalam senarai penyelidik dalam kriteria kualiti ialah kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability)
3. Kedua-dua konsep ini kritikal kepada kualiti penyelidikan tindakan
Kesahan
1. Merujuk kepada kebenaran data
2. Dengan mengetahui samada data sebenarnya mengukur atau mencerminkan fenomena khusus yang dikaji
Kebolehpercayaan
1. Berkaitan dengan ketepatan data
2. Masalah kebolehpercayaan dalam pendidikan selalu berlaku apabila data diambil dari sampel yang terlalu kecil
3. Sehubungan dengan itu, untuk penambahbaikan data penyelidikan tindakan, kita perlu selalu tanya:
-Adakah maklumat ini merupakan perwakilan tepat realiti?
-Bolehkah saya fikir sebarang sebab untuk syak ketepatan data?

5 tahap penyelidikan tindakan
1. Kenalpasti masalah
2. Rancang tindakan
3. Kumpul data
4. Analisis data
5. Rancang untuk tindakan seterusnya
Mengumpul data
1. Apakah jenis data yang perlu dikumpul untuk menjawab persoalan kajian
2. Bagaimana hendak memastikn terdapat pelbagai perspekif
Alat pengumpul data
1. Pemerhatian (video tape)
2. Nota guru dan komen
3. Kerja pelajar
4. Refleksi pelajar dan kerja pelajar
5. Jurnal pelajar
6. Ujian
7. Tinjauan soal selidik
8. Temuduga (audio tape)
Tugasan
Kemaskini proposal yang telah dibuat sebelum ini khususnya bahagian data Pelajar akan dipanggil secara rawak minggu depan unuk lihat perkembangan

Tuesday, May 26, 2009

KULIAH 6 - CIK HAJJAH HALIMAH HARUN


Aktiviti 1

sediakan kertas A4 & tulis:
1. nama
2. no. matriks
3. bidang pengajian (major & minor)
4. kelulusan sarjana muda
5. alamat
6. status perkahwinan
7. nama guru yang disukai & kenapa pilih sebagai idola
8. nama guru yang tidak disukai & mengapa
9. kenapa mahu menjadi guru
10. perihalkan peranan seorang guru
11. lukis gambar pokok dan tarikh lahir


Aktiviti 2


rumuskan salah satu daripada kertas kajian tindakan yang dibentangkan dalam seminar pendidikan serantau.

tajuk : kemahiran insaniah : apakah ang difahami oleh pelajar institusi pengajian tinggi
nama pembentang : Salleh Amat


Aktiviti 3


bentuk kumpulan dengan 5 orang ahli. sediakan 1 kertas cadangan (proposal) kajian tindakan yang boleh dilakukan dalam bilik darjah.

ahli kumpulan :

hasmiyati zahari
normahidayu mohd nordin
zaleha mohd jaafar
tan sin yee
saljineh bobby

tajuk : meningkatkan minat pelajar dalam matapelajaran geografi dengan menggunakan teknik permainan goe dam

Monday, May 25, 2009

SEMINAR PENDIDIKAN SERANTAU KE-4 DAN PERTANDINGAN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN NUSANTARA 2009
" KE ARAH KEUNGGULAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN"
18 - 21 MEI 2009
KLANA RESORT SEREMBAN,NEGERI SEMBILAN
ANJURAN:
FAKULTI PENDIDIKAN , UKMFAKULTAS KEGURUAN DAN ILMU PENDIDIKAN, UNRI
Antara subtema bagi seminar serantau ini ialah :
1. Budaya Penyelidikan dalam Institusi Pendidikan Tinggi
2. Kepimpinan dan Pengurusan di Institusi Pengajian Tinggi
3. Kualiti Penyelidikan di Institusi Pendidikan
4. Bahasa dan Komunikasi dalam Penyelidikan Pendidikan
5. Kepelbagaian Kaedah dalam Penyelidikan Pendidikan
6. Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Penyelidikan
7. Inovasi dalam Penyelidikan Pendidikan
8. Hak Cipta dan Harta Intelek Produk Penyelidikan di Institusi Pendidikan Tinggi
9. Pembangunan Modal Insan Berteraskan Penyelidikan
10. Amalan dan Isu Penyelidikan Pendidikan di Institusi Pendidikan Nusantara
11. Penyelidikan Merentas Pelbagai Disiplin Ilmu
12. Impak Penyelidikan dalam Amalan dan Dasar Pendidikan

TAJUK PEMBENTANGAN: Kemahiran Insaniah : Apakah yang difahami oleh pelajar institusi pengajian tinggi?
NAMA PEMBENTANG: Salleh Amat
TARIKH/ HARI: 20/5/2009 , Rabu
MASA: 8.30-10.00 am
BILIK/TEMPAT: Merbau
PENGERUSI:
Intisari pembentangan:
1. Kemahiran Insaniah adalah merangkumi aspek-aspek kemahiran generik yang melibatkan elemen kognitif berkaitan dengan kemahiran bukan akademik seperti nilai positif, kepimpinan, komunikasi dan sebagainya.
2. Kemahiran Insaniah sering dikaitkan dengan kebolehpasaran guna tenaga para graduan
Cadangan:
1. Adakan kajian awal sejauhmana terbinanya kemahiran insaniah dalam diri pelajar di peringkat awal sebelum masuk Universiti dan kajian ini hendaklah diteruskan sehinggalah pelajar berada di alam pekerjaan. Tanya secara langsung kepada majikan samada kemahiran insan pelajar itu ada peningkatan atau tidak.
Soalan: Tiada soalan yang dikemukakan

Saturday, May 23, 2009

TUGASAN 1 : ULASAN BUKU


Maklumat Buku
Tajuk buku : Doing Action Research : A Guide for School Support Staff
Pengarang : Claire Taylor, Min Wilkie dan Judith Baser
Tahun diterbitkan : 2006 (Cetakan Pertama)
Penerbit : Paul Chapman Publishing, City Road, London.


BAB 1 : PENGENALAN KAJIAN TINDAKAN


Apa itu kajian?

Menurut Bartlett, penyelidikan merupakan satu sistem pengumpulan yang sistematik, pembentangan dan juga penganalisaan data.

Kenapa melakukan kajian?

1. Untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran
2. Untuk menjana teori baru
3. Untuk memudahkan pembangunan kemahiran

Pendekatan penyelidikan

1. Positivisme : sistem falsafah yang mengiktiraf fakta dan pemerhatian
2. Interpretivisme : menitikberatkan penerangan dan juga fokus. Teori akan didapati
daripada data selepas kajian bermula dan bukannya hasil daripada
sesuatu hipotesis.
3. Penyelidikan ujikaji : menggunakan kaedah kuantitatif dan biasanya merupakan satu
hipotesis dan ujikaji yang dijalankan untuk membuktikan sesuatu
4. Kajian kes : pendekatan untuk individu yang membuat kajian dari aspek
masalah atau sesuatu isu dengan lebih mendalam.
5. Etnografi : satu kajian yang dijalankan untuk belajar secara berkumpulan

Apa itu kajian tindakan?

Menurut Cohen, kajian tindakan merupakan satu alat yang berkuasa untuk mengubah dan memperbaiki sesuatu yang berada pada tahap biasa. Kajian tindakan merupakan satu agen kepada perubahan. Cohen juga mencadangkan supaya pengkaji menyenaraikan aplikasi yang sesuai dalam pendidikan seperti mengubah kaedah P&P, kelakuan dan sikap pelajar, dan membuat penilaian terhadap kecekapan sesuatu sistem pentadbiran di sekolah.

Kitaran kajian tindakan

1. Perancangan
2. Tindakan
3. Pemerhatian
4. Penilaian terhadap hasil kajian


BAB 2 : MEMBUAT KAJIAN LITERATUR DAN KAJIAN SEMULA

Apa itu kajian literatur?

1. Aktiviti tinjauan/sorotan ke atas bahan2 bertulis berkaitan dengan topik penyelidikan yang ingin dilakukan.
2. Bahan2 bertulis terbahagi 2: - sumber primer : jurnal, artikel, abstrak, dll
- Sumber sekunder : buku, ensiklopedia, dll

Dalam melakukan sesuatu kajian tindakan, seseorang perlu juga merujuk kepada pengetahuan sedia ada yang terdapat dalam sumber-sumber bercetak atau elektronik seperti buku, suratkhabar, jurnal, internet dan sebagainya. Pencarian maklumat dalam matlamat membuat kajian tindakan ini dinamakan sebagai kajian perpustakaan.

Kemahiran membaca yang digunakan untuk mencari maklumat:

1. Scanning – membaca secara tepat untuk mendapatkan maklumat khusus dan bukan gambaran keseluruhan.
2. Skimmimg – membaca dengan pantas untun memahami idea utama
3. Reading for meaning – membaca untuk mencari makna ( memerlukan pemahaman yang jelas dan teliti).
4. Reading speed – membaca secara laju dan berkesan.


BAB 3 : PENGUMPULAN DATA

Kebolehpercayaan dan kesahan data

1. Reliabiliti : satu penghubung kepada sesuatu ujian untuk menghasilkan keputusan yang sama di bawah tahap yang sama
2. Validiti : lebih kompleks dan memberitahu kita mengenai pengumpulan data adalah satu bentuk pengiraan untuk menganalisis maklumat.

Alat untuk mengumpul data

1. Pemerhatian : bukan setakat melihat bahkan melibatkan sistematik, melihat tindakan2 dan rakaman tindakan secara jelas dan juga menganalisa apa yng telah dilihat. kombinasi yang kompleks yang melibatkan penglihatan, bunyi, sentuhan, bau, dan juga rasa, juga pendapat (Gray 2004:238).
2. Sumber dokumentari : Bell (1999:106) menegaskan bahawa projek pendidikan yang paling terkenal akan menggunakan analisis bukti doumentari. Bukti yang paling baik akan digunakan untuk dasar pendidikan di sekolah.
3. Soal selidik : merupakan alat yang paling popular.
4. Temuramah : Para pengkaji berpeluang untuk membuat susulan idea-idea dan ini berpotensi memberi lebih maklumat terperinci daripada bentuk pengumpulan data yang lain.
5. Menggunakan peralatan audio-visual : fotografi, audio, dan rekod boleh juga digunakan untuk mendapatkan bukti apabila melaksanakan kajian.

Etika dalam melakukan kajian

1. Dapatkan kebenaran bertulis daripada pihak/responden yang terlibat
2. Jika melibatkan kanak-kanak, kebenaran daripada ibu bapa diperlukan.
3. Mendapat kebenaran terlebih dahulu untuk menggunakan sebarang rakaman sama ada video atau gambar di tempat kajian.
4. Tidak menyalahgunakan maklumat yang diperolehi.
5. Perlindungan atau kerahsiaan responden yang terlibat
6. Tiada keraguan dan maklumat yang boleh dipercayai


BAB 4 : ANALISIS DATA

Dalam penganalisian data, apa yang perlu ialah bagaimana menggunakan data yang diperolehi melalui konsep-konsep tertentu. Analisa data lebih merujuk kepada pengorganisasian data. menganalisis data adalah pentas penyebab kepada kebimbangan terbesar dan juga peringkat paling kurang berkemungkinan untuk dibuat eksplisit. Ini akan memerlukan untuk mengkaji data. Proses penganalisian data memerlukan kepada perhatian yang konsisten dan pemikiran yang teliti dan kritikal.

Menurut Freeman terdapat 4 aktiviti yang perlu dalam menganalisa:

1. Penamaan
2. Pengumpulan
3. Pencarian hubungan
4. Mempamerkan


BAB 5 : MENULIS LAPORAN

Hasil dapatan yang diperolehi akhirnya perlulah ditulis dalam bentuk laporan formal mengikut standard atau piawaiannya yang tersendiri. Sebelum memulakan penulisan laporan, terlebih dahulu mestilah merancang penulisan.

Menulis laporan – pandangan asas

Laporan yang ditulis adalah untuk menerangkan kajian projek yang telah dijalankan dan penemuan kepada orang lain. Secara umumnya pengkaji mestilah mengikuti format menulis laporan. Berikut adalah beberapa perkara yang meti ada dalam laporan:

1. Muka depan
2. Penghargaan
3. Senarai Kandungan
4. Abstrak/Ringkasan/Sinopsis
5. Pengenalan
6. Kajian Kepustakaan
7. Motodologi
8. Hasil Dapatan
9. Analisis/Penilaian/Perbincangan
10. Kesimpulan
11. Cadangan
12. Bibliografi
13. Appendix.

Gaya penulisan:

1. Standard
2. jelas dan tidak meleret,
3. penulisan yang meyakinkan dan memberi kesan kepada pembaca di samping disertakan dengan sumber rujukan yang dipercayai