? ??????????????Field Of Green? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??10 Grabs Today. 164 Total Grabs. ?
?????Get the Code?? ?? ?????Rose Garden? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??31 Grabs Today. 782 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Tuesday, April 28, 2009

KAJIAN TINDAKAN (SALJINEH BOBBY)

Konsep Kajian Tindakan…

Definisi Kajian Tindakan…


Kajian tindakan merupakan suatu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri
yang dilakukan oleh peserta dalam situasi sosial itu sendiri (pengamal / guru /
pendidik) sebagai penyelidik melalui tindakan praktik (intervensi) yang bertujuan
untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing, di samping
meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana
amalan itu dilakukan. Ianya melibatkan proses merancang, melaksana,memerhati dan mereflek.
McNiff (1988) mentafsirkan penyelidikan tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.

Somekh (1989) menyatakan penyelidikan tindakan sebagai satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.

Zuber-Skeritt (1992) mendefinisikan penyelidikan tindakan dengan menggunakan CRASP
-Critical collaboration enquiry by
- Reflective practitioners who are
-Accountable in making the results of their enquiry public
- Self evaluative in the practice and engaged in
- Participative problem solving and continuing professional development


Apa itu penyelidikan?...

Penyelidikan merupakan satu proses langkah-langkah yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisis data untuk mendapat dan meningkatkan kefahaman ke atas sesuatu topik atau isu.
Kajian Tindakan juga tergolong dalam penyelidikan pendidikan.

Apakah penyelidikan pendidikan?...

Penyelidikan pendidikan adalah kajian yang menyelidik tingkahlaku murid, pelajar, guru dan lain-lain peserta di sekolah dan institusi pendidikan yang lain. Tingkahlaku biasanya disiasat dengan memeriksa hasil kerja seperti dokumen dan keputusan ujian setara.
-Intervensi berskala kecil ke dalam fungsi dunia sebenar dan melihat kesan-kesan intervensi ini.
-Penyelidikan tindakan adalah berdasarkan sesuatu situasi iaitu mendiagnosis sesuatu masalah dan cuba mengatasinya dalam konteks itu.
-Bersifat kolaboratif di mana sepasukan penyelidik dan guru bekerjasama dalam sesuatu projek.
-Ia berunsur penglibatan di mana ahli pasukan mengambil bahagian secara langsung atau tidak langsung
- Penilaian kendiri yang berbentuk perubahan dibuat berterusan berdasarkan penilaian berterusan
- Mengikut Blum, penyelidikan tindakan mempunyai dua peringkat- iaitu peringkat diagnostik di mana permasalahan dikaji dan membentuk hipotesis, dan peringkat terapeutik untuk menguji hipotesis
- Stenhouse (1975) berkata penyelidikan tindakan bukan sahaja menyumbang kepada pengajaran dan pembelajaran tetapi kepada teori pendidikan dan pengajaran yang boleh diakses oleh guru-guru lain
-Ia menambahkan pengetahuan praktik guru

Ciri-ciri Kajian Tindakan…


1. Situasi sebenar
2. Konteks tugas seharian
3. Secara individu atau berkumpulan
4. Fokus utama ke atas amalan untuk membaiki dan memahami
5. Tindakan praktis
6. Membina amalan kepada teori
7. Berterusan

Tujuan penyelidikan tindakan…

-“There are two essential aims of all action research: to improve and to involve. Action research aims at improvement in these areas: firstly, the improvement of practice; secondly, the improvement of understanding of practice by practitioners; and thirdly the improvement of the situation in which the practice take place….Those involved in the practice being considered are to be involved in the action research process in all its phases of planning, acting, observing and reflecting”. (Carr dan Kemmis, 1986:1)
-Membantu guru menghadapi cabaran dan masalah berhubung dengan amalan pengajaran pembelajaran
- Memperkembangkan kemahiran professional guru khususnya mengenal pasti teknik atau kaedah pembelajaran yang berkesan
- Memberi peluang untuk mengukuhkan asas pengetahuan profesion perguruan
- Menyelesaikan masalah-masalah profesional tanpa arahan luar
- Mengeluarkan guru dari kongkongan amalan-amalan rutin
- Meningkatkan amalan-amalan profesional. Dengan itu mempunyai hak milik (ownership) dalam memperkenalkan amalan-amalan yang berkesan. Diberikan kuasa untuk membuat keputusan (empowerment)
-Membawa pembaharuan dan kemajuan melalui refleksi kendiri dan usaha sendiri
- Meningkatkan daya keyakinan diri melalui usaha berkongsi pengalaman. Boleh perbaiki prestasi dan kepuasan kerja
- Memberi peluang kepada guru untuk menjadi agen perubahan dengan membuat refleksi dan menganalisis kekuatan dan kelemahan diri.

Kepentingan penyelidikan tindakan…

-mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya
-dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan
-dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran memudahkan pencapaian objektif mereka dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri
-meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang aktif dan efektif
-dapat menyediakan guru, sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum
-membentukkan budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan dan
- merapatkan tali silatulrrahim di kalangan guru yang terbabit melalui kerjasama secara kolaboratif.

JENIS-JENIS KAJIAN TINDAKAN…

1. INDIVIDU
-merupakan kajian tindakan oleh guru secara individu
-fokus kepada satu isu dalam bilik darjah
-contoh :
1. mendapatkan penyelesaian bekenaan dengan masalah penggunaan bilik darjah.
2. Stategi pengajaran
3. Pembelajaran pelajar

2. KOLABORATIF
-Kajian tindakan yang dilakukan oleh lebih daripada dua orang sama ada guru-guru dalam bidang yang sama, guru-guru dalam pelbagai subjek atau pun guru-guru dengan pihak luar seperti pensyarah universiti.
-Fokus kepada satu isu dalam bilik darjah atau satu masalah yang sama dalam bilik darjah yang berlainan.

3. ORGANISASI
-Merupakan kajian tindakan di peringkat sekolah
-Fokus kepada satu isu yang sama di peringkat sekolah
-Contoh : untuk meningkatkan keaktifan ibu bapa dalam PIBG

4. DAERAH
-Fokus kepada satu isu yang sama dalam kalangan beberapa sekolah di peringkat daerah.