KULIAH 6 - CIK HAJJAH HALIMAH HARUN
Aktiviti 1
sediakan kertas A4 & tulis:
1. nama
2. no. matriks
3. bidang pengajian (major & minor)
4. kelulusan sarjana muda
5. alamat
6. status perkahwinan
7. nama guru yang disukai & kenapa pilih sebagai idola
8. nama guru yang tidak disukai & mengapa
9. kenapa mahu menjadi guru
10. perihalkan peranan seorang guru
11. lukis gambar pokok dan tarikh lahir
Aktiviti 2
rumuskan salah satu daripada kertas kajian tindakan yang dibentangkan dalam seminar pendidikan serantau.
tajuk : kemahiran insaniah : apakah ang difahami oleh pelajar institusi pengajian tinggi
nama pembentang : Salleh Amat
Aktiviti 3
bentuk kumpulan dengan 5 orang ahli. sediakan 1 kertas cadangan (proposal) kajian tindakan yang boleh dilakukan dalam bilik darjah.
ahli kumpulan :
hasmiyati zahari
normahidayu mohd nordin
zaleha mohd jaafar
tan sin yee
saljineh bobby
tajuk : meningkatkan minat pelajar dalam matapelajaran geografi dengan menggunakan teknik permainan goe dam
Tuesday, May 26, 2009
Posted by SALJINEH BOBBY at 1:47 AM 0 comments
Monday, May 25, 2009
1. Budaya Penyelidikan dalam Institusi Pendidikan Tinggi
2. Kepimpinan dan Pengurusan di Institusi Pengajian Tinggi
3. Kualiti Penyelidikan di Institusi Pendidikan
4. Bahasa dan Komunikasi dalam Penyelidikan Pendidikan
5. Kepelbagaian Kaedah dalam Penyelidikan Pendidikan
6. Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Penyelidikan
7. Inovasi dalam Penyelidikan Pendidikan
8. Hak Cipta dan Harta Intelek Produk Penyelidikan di Institusi Pendidikan Tinggi
9. Pembangunan Modal Insan Berteraskan Penyelidikan
10. Amalan dan Isu Penyelidikan Pendidikan di Institusi Pendidikan Nusantara
11. Penyelidikan Merentas Pelbagai Disiplin Ilmu
12. Impak Penyelidikan dalam Amalan dan Dasar Pendidikan
Posted by SALJINEH BOBBY at 9:17 PM 0 comments
Saturday, May 23, 2009
Pengarang : Claire Taylor, Min Wilkie dan Judith Baser
Tahun diterbitkan : 2006 (Cetakan Pertama)
Penerbit : Paul Chapman Publishing, City Road, London.
BAB 1 : PENGENALAN KAJIAN TINDAKAN
Apa itu kajian?
Menurut Bartlett, penyelidikan merupakan satu sistem pengumpulan yang sistematik, pembentangan dan juga penganalisaan data.
Kenapa melakukan kajian?
1. Untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran
2. Untuk menjana teori baru
3. Untuk memudahkan pembangunan kemahiran
Pendekatan penyelidikan
1. Positivisme : sistem falsafah yang mengiktiraf fakta dan pemerhatian
2. Interpretivisme : menitikberatkan penerangan dan juga fokus. Teori akan didapati
daripada data selepas kajian bermula dan bukannya hasil daripada
sesuatu hipotesis.
3. Penyelidikan ujikaji : menggunakan kaedah kuantitatif dan biasanya merupakan satu
hipotesis dan ujikaji yang dijalankan untuk membuktikan sesuatu
4. Kajian kes : pendekatan untuk individu yang membuat kajian dari aspek
masalah atau sesuatu isu dengan lebih mendalam.
5. Etnografi : satu kajian yang dijalankan untuk belajar secara berkumpulan
Apa itu kajian tindakan?
Menurut Cohen, kajian tindakan merupakan satu alat yang berkuasa untuk mengubah dan memperbaiki sesuatu yang berada pada tahap biasa. Kajian tindakan merupakan satu agen kepada perubahan. Cohen juga mencadangkan supaya pengkaji menyenaraikan aplikasi yang sesuai dalam pendidikan seperti mengubah kaedah P&P, kelakuan dan sikap pelajar, dan membuat penilaian terhadap kecekapan sesuatu sistem pentadbiran di sekolah.
Kitaran kajian tindakan
1. Perancangan
2. Tindakan
3. Pemerhatian
4. Penilaian terhadap hasil kajian
BAB 2 : MEMBUAT KAJIAN LITERATUR DAN KAJIAN SEMULA
Apa itu kajian literatur?
1. Aktiviti tinjauan/sorotan ke atas bahan2 bertulis berkaitan dengan topik penyelidikan yang ingin dilakukan.
2. Bahan2 bertulis terbahagi 2: - sumber primer : jurnal, artikel, abstrak, dll
- Sumber sekunder : buku, ensiklopedia, dll
Dalam melakukan sesuatu kajian tindakan, seseorang perlu juga merujuk kepada pengetahuan sedia ada yang terdapat dalam sumber-sumber bercetak atau elektronik seperti buku, suratkhabar, jurnal, internet dan sebagainya. Pencarian maklumat dalam matlamat membuat kajian tindakan ini dinamakan sebagai kajian perpustakaan.
Kemahiran membaca yang digunakan untuk mencari maklumat:
1. Scanning – membaca secara tepat untuk mendapatkan maklumat khusus dan bukan gambaran keseluruhan.
2. Skimmimg – membaca dengan pantas untun memahami idea utama
3. Reading for meaning – membaca untuk mencari makna ( memerlukan pemahaman yang jelas dan teliti).
4. Reading speed – membaca secara laju dan berkesan.
BAB 3 : PENGUMPULAN DATA
Kebolehpercayaan dan kesahan data
1. Reliabiliti : satu penghubung kepada sesuatu ujian untuk menghasilkan keputusan yang sama di bawah tahap yang sama
2. Validiti : lebih kompleks dan memberitahu kita mengenai pengumpulan data adalah satu bentuk pengiraan untuk menganalisis maklumat.
Alat untuk mengumpul data
1. Pemerhatian : bukan setakat melihat bahkan melibatkan sistematik, melihat tindakan2 dan rakaman tindakan secara jelas dan juga menganalisa apa yng telah dilihat. kombinasi yang kompleks yang melibatkan penglihatan, bunyi, sentuhan, bau, dan juga rasa, juga pendapat (Gray 2004:238).
2. Sumber dokumentari : Bell (1999:106) menegaskan bahawa projek pendidikan yang paling terkenal akan menggunakan analisis bukti doumentari. Bukti yang paling baik akan digunakan untuk dasar pendidikan di sekolah.
3. Soal selidik : merupakan alat yang paling popular.
4. Temuramah : Para pengkaji berpeluang untuk membuat susulan idea-idea dan ini berpotensi memberi lebih maklumat terperinci daripada bentuk pengumpulan data yang lain.
5. Menggunakan peralatan audio-visual : fotografi, audio, dan rekod boleh juga digunakan untuk mendapatkan bukti apabila melaksanakan kajian.
Etika dalam melakukan kajian
1. Dapatkan kebenaran bertulis daripada pihak/responden yang terlibat
2. Jika melibatkan kanak-kanak, kebenaran daripada ibu bapa diperlukan.
3. Mendapat kebenaran terlebih dahulu untuk menggunakan sebarang rakaman sama ada video atau gambar di tempat kajian.
4. Tidak menyalahgunakan maklumat yang diperolehi.
5. Perlindungan atau kerahsiaan responden yang terlibat
6. Tiada keraguan dan maklumat yang boleh dipercayai
BAB 4 : ANALISIS DATA
Dalam penganalisian data, apa yang perlu ialah bagaimana menggunakan data yang diperolehi melalui konsep-konsep tertentu. Analisa data lebih merujuk kepada pengorganisasian data. menganalisis data adalah pentas penyebab kepada kebimbangan terbesar dan juga peringkat paling kurang berkemungkinan untuk dibuat eksplisit. Ini akan memerlukan untuk mengkaji data. Proses penganalisian data memerlukan kepada perhatian yang konsisten dan pemikiran yang teliti dan kritikal.
Menurut Freeman terdapat 4 aktiviti yang perlu dalam menganalisa:
1. Penamaan
2. Pengumpulan
3. Pencarian hubungan
4. Mempamerkan
BAB 5 : MENULIS LAPORAN
Hasil dapatan yang diperolehi akhirnya perlulah ditulis dalam bentuk laporan formal mengikut standard atau piawaiannya yang tersendiri. Sebelum memulakan penulisan laporan, terlebih dahulu mestilah merancang penulisan.
Menulis laporan – pandangan asas
Laporan yang ditulis adalah untuk menerangkan kajian projek yang telah dijalankan dan penemuan kepada orang lain. Secara umumnya pengkaji mestilah mengikuti format menulis laporan. Berikut adalah beberapa perkara yang meti ada dalam laporan:
1. Muka depan
2. Penghargaan
3. Senarai Kandungan
4. Abstrak/Ringkasan/Sinopsis
5. Pengenalan
6. Kajian Kepustakaan
7. Motodologi
8. Hasil Dapatan
9. Analisis/Penilaian/Perbincangan
10. Kesimpulan
11. Cadangan
12. Bibliografi
13. Appendix.
Gaya penulisan:
1. Standard
2. jelas dan tidak meleret,
3. penulisan yang meyakinkan dan memberi kesan kepada pembaca di samping disertakan dengan sumber rujukan yang dipercayai
Posted by SALJINEH BOBBY at 4:07 AM 0 comments
Tuesday, May 12, 2009
dan bidang yang diminati untuk dikaji
kajian kepustakaan merancang pengumpulan data
berkongsi dapatan dan pengumpulan dan
plan tindakan penganalisaan data
membentuk plan tindakan
Posted by SALJINEH BOBBY at 7:51 AM 0 comments
Sunday, May 10, 2009
Aktiviti 3
Pada kuliah yang ke3 ini saya telah mempelajari berkenaan teori perubahan, konsep2 perubahan dalam pendidikan, jenis2 perubahan, model2 perubahan dan yang seumpama dengannya.
8 sebab mengapa menentang perubahan:
1. Matlamat mengapa perlu berubah tidak jelas
2. Berlaku ketidakselesaan
3. Berlaku ketidakpastian
4. Perubahan yang drastik
5. Tidak dapat menerima perubahan selain rutin kebiasaan
6. Matlamat sebelum berlaku perubahan tidak dapat dicapai
7. Keliru dalam buat pilihan
8. Rasa tidak selamat
Penyelesaian:
1. Kumpul maklumat (research) untuk kurangkan ketidakpastian
2. Lakukan chungking – pecahkan kepada yang lebih kecil
3. Kena tengok sudut positif
4. Buat plan B – bentuk tindakan untuk sesuaikan diri dengan perubahan
5. Banyak bertanya dan cari maklumat
Posted by SALJINEH BOBBY at 3:36 AM 0 comments
Aktiviti 2
Selepas mengikuti kursus kaedah mengajar, berikut adalah refleksi ke atas masalah dan penambahbaikan dalam P & P sesuatu tajuk
Mata pelajaran : Pendidikan Islam
Tajuk : dalil kewujudan Allah SWT
Tingkatan : satu
Antara masalah yang dihadapi adalah:
1. Set induksi tidak dapat menarik minat pelajar
2. Penggunaan bahan bantu mengajar yang kurang sesuai
3. P & P tidak berpusatkan pelajar
4. Kurang kepelbagaian teknik pengajaran
Strategi atau kaedah P & P untuk atasi masalah tersebut:
1. Adakan aktiviti luar kelas untuk set induksi
2. Pelbagaikan teknik dan kaedah mengajar ( jangan guna teknik kuliah semata-mata)
3. Perbanyakkan aktiviti yang melibatkan pelajar (berpusatkan pelajar) – kerja dalam kumpulan
4. Guna bahan bantu mengajar yang sesuai
Posted by SALJINEH BOBBY at 3:31 AM 0 comments
Tuesday, May 5, 2009
Aktiviti 1
Sebelum mengikuti Kem Bina Insan Guru II, antara masalah yang terdapat dalam diri saya adalah:
1. Kurang keyakinan dan keberanian untuk melakukan sesuatu seperti mbentangkan tugasan dan berucap di khalayak ramai
2. Pasif
3. Kurang sifat kepimpinan dalam diri
Antara penambahbaikan yang perlu saya lakukan:
1. Saya perlu berani dan yakin dalam melakukan sesuatu perkara
2. Perlu tanamkan dalam hati “yakin boleh”
3. Membuat persediaan lebih awal dan terancang
4. Melibatkan diri secara aktif dalam organisasi
Matlamat:
Menjadi seorang guru yang berjaya di dunia dan akhirat serta sanggup menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang dari pelbagai sudut
Objektif:
1. Memupuk sifat berani dan yakin dalam diri
2. Membaiki setiap kelemahan diri secara berterusan
3. Menjadi lebih proaktif
Pelan tindakan:
1. Langkah-langkah yang perlu diambil dan dilakukan
a. Berani bertanya dan menyampaikan sesuatu dengan penuh yakin dan berani
b. Buat persediaan awal dengan lakukan research tentang aktiviti atau tugasan yang hendak dilakukan
c. Melibatkan diri dengan kawan-kawan yang bergerak aktif dalam organisasi
2. Bagaimana saya mengumpul data:
a. Tanya pendapat kawan2 tentang diri saya
b. Mendengar pengalaman orang lain
c. Mencari buku berkenaan meningkatkan motivasi dalam diri
3. Bagaimana saya ingin memantau apa yang saya rancangkan dapat dilaksanakan:
a. Sentiasa membuat refleksi sebelum, semasa dan selepas merancang
b. Bertanya kepada kawan2 sama ada terdapat perubahan dalam diri atau belum
4. Bagaimana saya menilai setiap apa yabg dirancang dan dilaksana mencapai objektif:
a. Mengkaji setiap kelemahan dan kekuatan sesuatu perancangan
b. Melakukan penambahbaikan
c. Menilai setiap tindakan
d. Mengambil iktibar dan pengalaman orang lain
Posted by SALJINEH BOBBY at 1:52 AM 0 comments
