? ??????????????Field Of Green? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??10 Grabs Today. 164 Total Grabs. ?
?????Get the Code?? ?? ?????Rose Garden? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??31 Grabs Today. 782 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Saturday, May 23, 2009

TUGASAN 1 : ULASAN BUKU


Maklumat Buku
Tajuk buku : Doing Action Research : A Guide for School Support Staff
Pengarang : Claire Taylor, Min Wilkie dan Judith Baser
Tahun diterbitkan : 2006 (Cetakan Pertama)
Penerbit : Paul Chapman Publishing, City Road, London.


BAB 1 : PENGENALAN KAJIAN TINDAKAN


Apa itu kajian?

Menurut Bartlett, penyelidikan merupakan satu sistem pengumpulan yang sistematik, pembentangan dan juga penganalisaan data.

Kenapa melakukan kajian?

1. Untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran
2. Untuk menjana teori baru
3. Untuk memudahkan pembangunan kemahiran

Pendekatan penyelidikan

1. Positivisme : sistem falsafah yang mengiktiraf fakta dan pemerhatian
2. Interpretivisme : menitikberatkan penerangan dan juga fokus. Teori akan didapati
daripada data selepas kajian bermula dan bukannya hasil daripada
sesuatu hipotesis.
3. Penyelidikan ujikaji : menggunakan kaedah kuantitatif dan biasanya merupakan satu
hipotesis dan ujikaji yang dijalankan untuk membuktikan sesuatu
4. Kajian kes : pendekatan untuk individu yang membuat kajian dari aspek
masalah atau sesuatu isu dengan lebih mendalam.
5. Etnografi : satu kajian yang dijalankan untuk belajar secara berkumpulan

Apa itu kajian tindakan?

Menurut Cohen, kajian tindakan merupakan satu alat yang berkuasa untuk mengubah dan memperbaiki sesuatu yang berada pada tahap biasa. Kajian tindakan merupakan satu agen kepada perubahan. Cohen juga mencadangkan supaya pengkaji menyenaraikan aplikasi yang sesuai dalam pendidikan seperti mengubah kaedah P&P, kelakuan dan sikap pelajar, dan membuat penilaian terhadap kecekapan sesuatu sistem pentadbiran di sekolah.

Kitaran kajian tindakan

1. Perancangan
2. Tindakan
3. Pemerhatian
4. Penilaian terhadap hasil kajian


BAB 2 : MEMBUAT KAJIAN LITERATUR DAN KAJIAN SEMULA

Apa itu kajian literatur?

1. Aktiviti tinjauan/sorotan ke atas bahan2 bertulis berkaitan dengan topik penyelidikan yang ingin dilakukan.
2. Bahan2 bertulis terbahagi 2: - sumber primer : jurnal, artikel, abstrak, dll
- Sumber sekunder : buku, ensiklopedia, dll

Dalam melakukan sesuatu kajian tindakan, seseorang perlu juga merujuk kepada pengetahuan sedia ada yang terdapat dalam sumber-sumber bercetak atau elektronik seperti buku, suratkhabar, jurnal, internet dan sebagainya. Pencarian maklumat dalam matlamat membuat kajian tindakan ini dinamakan sebagai kajian perpustakaan.

Kemahiran membaca yang digunakan untuk mencari maklumat:

1. Scanning – membaca secara tepat untuk mendapatkan maklumat khusus dan bukan gambaran keseluruhan.
2. Skimmimg – membaca dengan pantas untun memahami idea utama
3. Reading for meaning – membaca untuk mencari makna ( memerlukan pemahaman yang jelas dan teliti).
4. Reading speed – membaca secara laju dan berkesan.


BAB 3 : PENGUMPULAN DATA

Kebolehpercayaan dan kesahan data

1. Reliabiliti : satu penghubung kepada sesuatu ujian untuk menghasilkan keputusan yang sama di bawah tahap yang sama
2. Validiti : lebih kompleks dan memberitahu kita mengenai pengumpulan data adalah satu bentuk pengiraan untuk menganalisis maklumat.

Alat untuk mengumpul data

1. Pemerhatian : bukan setakat melihat bahkan melibatkan sistematik, melihat tindakan2 dan rakaman tindakan secara jelas dan juga menganalisa apa yng telah dilihat. kombinasi yang kompleks yang melibatkan penglihatan, bunyi, sentuhan, bau, dan juga rasa, juga pendapat (Gray 2004:238).
2. Sumber dokumentari : Bell (1999:106) menegaskan bahawa projek pendidikan yang paling terkenal akan menggunakan analisis bukti doumentari. Bukti yang paling baik akan digunakan untuk dasar pendidikan di sekolah.
3. Soal selidik : merupakan alat yang paling popular.
4. Temuramah : Para pengkaji berpeluang untuk membuat susulan idea-idea dan ini berpotensi memberi lebih maklumat terperinci daripada bentuk pengumpulan data yang lain.
5. Menggunakan peralatan audio-visual : fotografi, audio, dan rekod boleh juga digunakan untuk mendapatkan bukti apabila melaksanakan kajian.

Etika dalam melakukan kajian

1. Dapatkan kebenaran bertulis daripada pihak/responden yang terlibat
2. Jika melibatkan kanak-kanak, kebenaran daripada ibu bapa diperlukan.
3. Mendapat kebenaran terlebih dahulu untuk menggunakan sebarang rakaman sama ada video atau gambar di tempat kajian.
4. Tidak menyalahgunakan maklumat yang diperolehi.
5. Perlindungan atau kerahsiaan responden yang terlibat
6. Tiada keraguan dan maklumat yang boleh dipercayai


BAB 4 : ANALISIS DATA

Dalam penganalisian data, apa yang perlu ialah bagaimana menggunakan data yang diperolehi melalui konsep-konsep tertentu. Analisa data lebih merujuk kepada pengorganisasian data. menganalisis data adalah pentas penyebab kepada kebimbangan terbesar dan juga peringkat paling kurang berkemungkinan untuk dibuat eksplisit. Ini akan memerlukan untuk mengkaji data. Proses penganalisian data memerlukan kepada perhatian yang konsisten dan pemikiran yang teliti dan kritikal.

Menurut Freeman terdapat 4 aktiviti yang perlu dalam menganalisa:

1. Penamaan
2. Pengumpulan
3. Pencarian hubungan
4. Mempamerkan


BAB 5 : MENULIS LAPORAN

Hasil dapatan yang diperolehi akhirnya perlulah ditulis dalam bentuk laporan formal mengikut standard atau piawaiannya yang tersendiri. Sebelum memulakan penulisan laporan, terlebih dahulu mestilah merancang penulisan.

Menulis laporan – pandangan asas

Laporan yang ditulis adalah untuk menerangkan kajian projek yang telah dijalankan dan penemuan kepada orang lain. Secara umumnya pengkaji mestilah mengikuti format menulis laporan. Berikut adalah beberapa perkara yang meti ada dalam laporan:

1. Muka depan
2. Penghargaan
3. Senarai Kandungan
4. Abstrak/Ringkasan/Sinopsis
5. Pengenalan
6. Kajian Kepustakaan
7. Motodologi
8. Hasil Dapatan
9. Analisis/Penilaian/Perbincangan
10. Kesimpulan
11. Cadangan
12. Bibliografi
13. Appendix.

Gaya penulisan:

1. Standard
2. jelas dan tidak meleret,
3. penulisan yang meyakinkan dan memberi kesan kepada pembaca di samping disertakan dengan sumber rujukan yang dipercayai

0 comments: